Saturday, July 25, 2015

Pentingnya Menjaga kesihatan

Semua orang mengimpikan kesihatan yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik kita perlu menjaga pemakanan agar seimbang dan sentiasa melakukan senaman bagi menyihatkan badan. Selain daripada  itu pengambilalan makanan tambahan juga mampu mempertingkatkan tahap kesihatan. Kenapakah kesihatan amat baik bagi kita manusia? Jika kita mempunyai kesihatan yang baik terdapat pelbagai faedah yang kita akan perolehi daripadanya.
\
Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'.  Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kitamempunyai banyak wang.

Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu bekerja, dia dapatmelakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti. Di negara kita banyak kempen telah dijalankan bagi mendidik masyarakat untuk menjaga kesihatan diri seperti menjalankan 'Kempen Gaya Hidup Sihat' supaya rakyat kekal sihat dan dapat bekerja dengan gigih. Keupayaan rakyat bekerja dengan gigih akan dapat menjadikan negara maju dalam pelbagai aspek.

Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat.     Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kitaakan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi. Jika kita ingin menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya, kita juga mesti mempunyai kesihatan yang baik.

Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkankeluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga dan mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya.


Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yangberbahaya dan kronik amat mahal. Adakalanya rawatanpenyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli barang-barang keperluan yang lain.

Kegemukan Berpunca dari Pemakanan

Kegemukan kini menjadi isu global di mana seramai 14 peratus daripada penduduk dunia didapati menghadapi masalah kegemukan. Golongan konsumer kini semakin menyedari akan kaitan isu kesihatan dengan diet yang tidak sihat. Amalan pemakanan yang tidak sihat mendorong kepada masalah kegemukan.

Liputan krisis obesiti dan model saiz kecil mendapat liputan yang besar dari media. Pihak Media juga turut bertanggungjawab di atas desas desus berkenaan makanan bahaya yang dikaitkan dengan barah serta makanan 'ajaib' yang dikatakan dapat membolehkan anda hidup dengan lebih lama.

Keinginan global untuk keremajaan dan kesempurnaan fizikal mendorong faktor peningkatan dalam kesihatan dan kesejahteraan di agenda sosial. Lebih ramai pengguna mempunyai keperluan diet khas dan mengelakkan kumpulan makanan tertentu. Ini menjadikan kesihatan dan kesejahteraan pilihan yang sangat peribadi.

Ianya jelas bahawa permintaan makanan yang sihat (atau apa yang dianggap seperti itu) akan menjadi isu yang penting bagi pengusaha seperti anda dalam tempoh 5 tahun akan datang. Industri pemakanan telah diberi amaran mengenai kesan buruk makanan segera di setiap sudut jalan di Amerika Syarikat. Tambahan pula dengan kekurangan aktiviti fizikal, ia telah membawa kepada wabak obesiti dengan kesan implikasi sosial dan kewangan.
Industri makanan mula bertindak berdasarkan kesedaran asas untuk menjadikan 'pilihan sihat dan pilihan yang mudah'.

Ini dapat dilihat melalui inisiatif seluruh dunia: - Di Amerika Syarikat Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) mengeluarkan maklumat mengenai Akta Penjagaan Mampu , yakni kehendak persekutuan untuk pelabelan nutrisi pada menu.
Cadangan EU untuk Peraturan Maklumat Makanan masih dalam perbincangan di Majlis Eropah dan akan dilaksanakan di seluruh negara-negara Eropah.

Ini bererti pengusaha perlu bertindak. Bukan sahaja memastikan supaya tidak dipersalahkan kerana isu-isu kesihatan, 

Saturday, July 11, 2015

Selamat Datang

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya saya diberikan kekuatan untuk membina sebuah blog dalam melancarkan perjalanan saya dalam dunia perniagaan online.  

Blog ini akan dijadikan wadah utama dalam memperkenalkan produk-produk Shaklee. Pada tahun lepas saya telah mendaftar menjadi pengedar sah produk Shaklee dan menggunakannya. Setelah merasai kebaikan produk tersebut saya perkenalkan kepada keluarga terdekat dan juga sahabat handai secara mulut ke mulut (offline). Alhamdulillah, mereka berpuas hati terhadap kebaikan produk tersebut dan menjadi pelanggan tetap saya. 

Pada tahun ini saya bertekad untuk mengorak langkah lebih jauh bersama Shaklee dan langkah pertama yang saya ambil untuk bergerak lebih jauh adalah melalui blog ini. 

Saya berharap blog ini akan mendekatkan para pengguna dan bakal pengguna Shaklee. 

Insya Allah, saya akan berkongsi pengetahuan yang ada mengenai produk ini serta testimoni-testimoni dari para pelanggan saya.

Ikhlas
Que